PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2014

PENGAKAP; Empat orang ahli pengakap telah dipilih menyertai Perkhemahan Ekspedisi Pendidikan Luar Sekolah Menengah 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang bertempat di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah JPNP dan Pekan Sungai Lembing pada 10 – 13 Mac 2014. Seterusnya tiga daripada mereka iaitu Ain Amirah, Pravietha & Wang Guan Ming telah berjaya terpilih bersama 25 orang pelajar lain Negeri Pahang ke Program Penghayatan Taman Laut Malaysia Peringkat Kebangsaan (Zon Timur) bertempat di Pusat Kokurikulum Pulau Redang, Terengganu pada 1 – 5 April 2014. Ain Amirah turut mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan persembahan yang diadakan semasa program tersebut. Manakala Pravietha mendapat tempat ke-3 dalam acara yang sama. DSCN2111 Dari kiri; Ain Amira, Pravietha, En. Nandakumaran (Tuan Pengetua), Wang Guan Ming, Amir Baihaqi, Pn. Sharifah bt Osman (Pemimpin Pengakap SMK Air Putih).   SAINS & MATEMATIK; Karnival Matematik Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di SMK Alor Akar pada 5 April 2014. Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan yang terdiri dari empat orang pelajar iaitu Sithaarthan a/l Senthil Nathan, Ang Zheng Jiet, Pang Ka Sheng & Lim Carmen untuk menyertai pertandingan yang diadakan sempena karnival tersebut. Antaranya pertandingan Young Architect, Kuiz Matematik dan Explore Race. Pasukan sekolah telah berjaya membawa pulang hadiah tempat ketiga bagi acara Kuiz Matematik

. DSCN2108      DSCN2109

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s