AMANAT PENGETUA UTK PARA PELAJAR

Berikut merupakan amanat daripada Tn Pengetua untuk para pelajar bagi Semester 2 persekolahan. Diharap semua pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah.

 

  1. KEHADIRAN ( Tindakan : Kaunselor ( En. Lim Kok Wah , En. Ching Kang Choo dan Puan Wong Yew Lan )
  • Guru kaunselor akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang yang tidak hadir ke sekolah melebihi 10 hari.
  • Nama mereka akan di kumpulkan mengikut bilangan hari yang tidak hadir dan ibu bapa akan dipanggil ke sekolah.
  • Bagi pelajar yang mempunyai kehadiran lebih 10 hari , Tuan Pengetua tidak akan menandatangani apa-apa testimonial dan pengesahan sijil-sijil.
  • Semua nama pelajar yang mempunyai masalah kehadiran akan dipaparkan.
  • Pihak KPPM mahukan semua sekolah mempunyai peratus kehadiran lebih 92 % dan jika tidak sekolah diminta tunjuk sebab.
  • Sekolah menyasarkan peratus kehadiran melebihi 95 %.
  • Tindakan akan dimulakan dengan pelajar Tingkatan 5 diikuti Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.

 

  1. RAMBUT PANJANG ( Tindakan : AJK Disiplin )
  • Pemeriksaan rambut akan diadakan dari kelas ke kelas.
  • Ini kerana pemeriksaan selepas perhimpunan mengambil masa yang lama dan juga ada pelajar yang tidak hadir perhimpunan.

 

  1. TELEFON BIMBIT
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Denda RM 50.00 akan dikenakan untuk setiap telefon bimbit yang dirampas.
  • Para guru akan membuat spot-check sendiri tanpa kehadiran pengawas.
  • Amaran kepada semua pengawas yang membocorkan rahsia spot-check kepada pelajar-pelajar.
  • Bagi kelas 1SM , 2SM dan 3SM , guru berhak memeriksa loker untuk spot-check telefon bimbit.
  • Pelajar-pelajar diminta tidak menyimpan telefon bimbit di mana-mana anggota sulit.
  • Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab kepada telefon bimbit yang hilang akibat disorokkan dimana-mana kawasan sekolah.
  • Perbuatan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah merbahaya.

 

  1. UPLOAD BAHAN BERKAITAN SEKOLAH DI INTERNET
  • Pelajar-pelajar yang memuat naik ( upload) gambar-gambar kerkaitan sekolah boleh dikenakan tindakan buang sekolah.
  • Pelajar-pelajar diingatkan tidak memuat naik sebarang bahan terutama kedalam laman YouTube kerana boleh didakwa dibawah Akta Penyiaran dan boleh didakwa di mahkamah.
  • Pelajar-pelajar terutamanya Tingkatan 1 dan 2 diingatkan lagi supaya tidak memuat naik bahan-bahan yang tidak sepatutnya berkaitan sekolah.

 

  1. MEROKOK
  • Terdapat kumpulan-kumpulan pelajar dari sesi pagi dan petang yang merokok dikawasan sekolah.
  • Terdapat pelajar-pelajar sesi petang yang merokok menyimpan rokok dalam tandas terutamanya Blok Smart.
  • Pekerja-pekerja telah amanahkan untuk memerhati pelajar-pelajar yang kerap ke tandas secara berkumpulan.
  • Puan Syariffa Nurzana diminta menguruskan perjumpaan bersama-sama Lembaga Ketua Kelas untuk memantau pelajar yang terlalu kerap ke tandas kerana dikhuatiri terlibat dengan gejala merokok ini.

 

  1. KELUAR KAWASAN SEKOLAH
  • Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu waktu persekolahan terutamanya untuk membeli makanan kerana waktu rehat dan kantin telah disediakan.
  • Pelajar-pelajar terutamanya pelajar di Blok Smart dilarang sama sekali keluar membeli minuman di perhentian bas semasa tengah hari.

 

  1. BERDUA-DUAAN
  • Amaran terutamanya kepada pelajar-pelajar supaya tidak berdua-duaan didalam dan luar kawasan sekolah.

 

  1. PELAJAR YANG TIDAK MENGHORMATI GURU
  • Pelajar diingatkan supaya tidak memberi masalah kepada guru-guru yang mengajar terutamanya masalah tidak menyiapkan kerja , masuk lewat ke kelas dan lain-lain masalah.
  • Kepada semua guru jika terdapat pelajar yang bermasalah didalam kelas , guru boleh mengubungi Tuan Pengetua atau SMS untuk tindakkan selanjutnya.

 

  1. KELUAR KELAS WAKTU P&P
  • Amaran keras kepada pelajar yang keluar kelas tanpa Pas Keluar.
  • Pelajar hanya dibenarkan keluar kelas jika ada Pas Keluar sahaja.
  • Guru-guru akan memantau pergerakan pelajar yang tidak ada Pas Keluar.

 

10. ETIKA BERPAKAIAN DIKAWASAN SEKOLAH ( UNTUK IBU BAPA DAN PELAWAT SEKOLAH)

  • Pelajar diingatkan supaya memberitahu ibu bapa masing-masing tentang etika berpakaian didalam kawasan sekolah.
  • Ibu bapa diminta supaya tidak berpakaian yang mencolok mata didalam kawasan sekolah.
  • Semua ibu-bapa diminta berurusan dipejabat sahaja dan tidak terus berhubung dengan murid-murid didalam kawasan sekolah.
  • Jika arahan ini tidak dipatuhi , ibu-bapa mungkin dilarang sama sekali memasuki kawasan sekolah.

 

       11. TANDA NAMA

  • Spot- check tanda nama ( name tag) akan diadakan selepas perhimpunan.
  • Pelajar yang ditangkap tidak memasang tanda nama akan didenda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s