Lencana Sekolah

lencana

SIMBOL LENCANA

OBOR

Melambangkan semangat yang tinggi, membara ke arah mencapai tempat yang terbaik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

MAGNET

Melambangkan kepentingan matapelajaran Sains dan Matematik dalam zaman sains dan teknologi. Sekolah ini member penekanan yang cukup terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

BUKU

Bentuk buku merupakan lambang ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu. Semakin banyak seseorang itu membaca, semakin banyaklah ilmu yang ia dapat dan semakin luas pengalaman seseorang itu.

BERLIAN

Bentuk berlian (diamond) dan disusuli dengan garis bentuk “V” melambangkan ilmu. Ertinya ilmu itu jika dikembangkan atau disebarkan ia akan berkembang dan member faedah/kebaikan kepada manusia sejagat.

TIANG

Bentuk tiang melambangkan peranan guru dan symbol kejayaan pelajar. Guru ibarat tiang atau tonggak utama terhadap kejayaan pelajar. Mereka sentiasa member dorongan dan galakan terhadap para pelajar. Pelajar yang terdidik pula ibarat tiang yang meneguhkan dan memantapkan masyarakat dan negara.

WARNA BIRU

Melambangkan keharmonian. Ini bermakna sekolah ini merupakan sebuah institusi untuk melatih, mendidik insane bersikap toleransi, bekerjasama dan mengamalkan sikap mulia untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.

WARNA MERAH

Melambangkan kekuatan tenaga dan kesungguhan. Ini bermakna untuk mencapai kejayaan itu seseorang itu mesti mempunyai kesungguhan dan usaha yang gigih. Kekuatan itu meliputi kekuatan mental , fizikal , rohani dan emosi berpaksikan Ketuhanan.

WARNA KUNING

Melambangkan kesetiaan. Ini bererti sekolah ini merupakan tempat untuk melahirkan insan setia dan menghormati negara. Warna kuning juga melambangkan masyarakat yang berhemah tinggi.