Archive | February 2018

LADAP : DIGITAL CLASSROOM

Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)

Tempat : Dewan Rajagopal, SMK Air Putih

LADAP dikendalikan oleh Cikgu Ramli dari SMART bermula pukul 8.30-12.00 tgh. Antara pengisian : cara-cara membuat kuiz menggunakan quizizz, e-bahan dan penggunaan screen beam untuk menyambung telefon ke LCD/TV tanpa perlu menggunakan komputer. Diharapkan guru-guru dapat menggunakanya dalam PdPc.

LAWATAN PELAJAR PIMA KE ILP

Pelajar PIMA telah dibawa ke ILP Gebeng untuk sesi taklimat dan lawatan bengkel pada 13/2/2018 (Selasa) untuk memberi pendedahan kepada mereka terhadap program yang akan mereka ikuti pada bulan Mac ini.

MAJLIS IKRAR SPM

Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa : 8.00 pg – 12.20 tgh

Majlis ini bertujuan membantu pelajar-pelajar menetapkan matlamat mereka dalam peperiksaan SPM. Kehadiran ibu bapa juga diharapkan dapat merapatkan jurang antara ibubapa dengan pihak sekolah terutamanya berkaitan dengan hal-hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik pelajar.

Antara objektif program ini:

a. membuka minda pelajar mengenai tahap pencapaian diri

b. membantu pelajar mengenalpasti sasaran pencapaian dalam peperiksaan SPM

c. meningkatkan motivasi belajar dalam diri pelajar