LADAP : DIGITAL CLASSROOM

Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)

Tempat : Dewan Rajagopal, SMK Air Putih

LADAP dikendalikan oleh Cikgu Ramli dari SMART bermula pukul 8.30-12.00 tgh. Antara pengisian : cara-cara membuat kuiz menggunakan quizizz, e-bahan dan penggunaan screen beam untuk menyambung telefon ke LCD/TV tanpa perlu menggunakan komputer. Diharapkan guru-guru dapat menggunakanya dalam PdPc.

LAWATAN PELAJAR PIMA KE ILP

Pelajar PIMA telah dibawa ke ILP Gebeng untuk sesi taklimat dan lawatan bengkel pada 13/2/2018 (Selasa) untuk memberi pendedahan kepada mereka terhadap program yang akan mereka ikuti pada bulan Mac ini.

MAJLIS IKRAR SPM

Tarikh : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa : 8.00 pg – 12.20 tgh

Majlis ini bertujuan membantu pelajar-pelajar menetapkan matlamat mereka dalam peperiksaan SPM. Kehadiran ibu bapa juga diharapkan dapat merapatkan jurang antara ibubapa dengan pihak sekolah terutamanya berkaitan dengan hal-hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik pelajar.

Antara objektif program ini:

a. membuka minda pelajar mengenai tahap pencapaian diri

b. membantu pelajar mengenalpasti sasaran pencapaian dalam peperiksaan SPM

c. meningkatkan motivasi belajar dalam diri pelajar

 

KURSUS KEPIMPINAN KOKO

Kursus kepimpinan ini melibatkan Pengerusi dan Setiausaha dari setiap Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan pada 29/01/2018 (Isnin) dari pukul 11.00-1.20 ptg bertempat di makmal ICT. Para pelajar didedahkan dengan pengurusan fail setiap unit. Para pelajar dikehendaki menyiapkan carta organisasi unit masing-masing di samping senarai nama ahli dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan fail.

 

BENGKEL PEMBUDAYAAN KBAT

Bengkel Pembudayaan KBAT dalam kalangan guru telah diadakan pada hari Sabtu (27/1/2018). Guru-guru yang terlibat ialah guru BM, BI, Matematik dan Sains.