Archive | February 23, 2013

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Harmoni SMK Air Putih. Kursus ini melibatkan semua 4 AJK tertinggi bagi unit beruniform, kelab & persatuan serta sukan & permainan iaitu seramai 32 unit kokurikulum.

DSCN4107  DSCN4160 DSCN4146

Rasional kursus ini adalah untuk melatih dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin kokurikulum yang masih muda dan belum cukup berpengalaman.

Manakala matlamatnya adalah untuk melatih pelajar-pelajar membentuk jati diri sebagai pemimpin yang berkarisma dalam setiap unit kokurikulum dan membentuk pemimpin kokurikulum yang sedia merancang, mengelola dan melaksana setiap program unit kokurikulum.

Para pelajar didedahkan kepada tugas dan tanggungjawab jawatankuasa setiap unit kokurikulum, cara pengurusan fail dan dokumentasi kokurikulum serta konsep kertas kerja dan surat menyurat. Selain itu, setiap unit kokurikulum perlu menyiapkan satu contoh kertas kerja untuk sesi pembentangan.

DSCN4125   DSCN4109

DSCN4144  DSCN4135

DSCN4164  DSCN4163 DSCN4161